7.27.2016

Kau aku

Hidup ni tak macam yang kau sangka
Ada jahat ada baik
Ada hitam ada putih
Ada pahit ada manis
Ada racun ada madu
Ada lelaki ada perempuan
Tapi yang pasti
Ada aku ada kau
Ada aku untuk memulakan hari kau
Ada kau untuk menceriakan hari aku
Ada aku untuk menemani kau
Ada kau untuk mengingati aku
Ada aku untuk mencintai kau
Ada kau untuk mencintai aku
Selebihnya ?
Kita sahaja yang tahu

No comments:

Post a Comment